Travelog Kehidupan Di Sebalik Niqab Kisah Tersirat

RM38.00

Roza Roslan

Compare
SKU: 9789830975955 Categories: , Tag:

Description

Pada zahirnya, niqab menggambarkan wanita Saudi, lebih-lebih lagi penulis pernah bermukim di Madinah. Justeru, Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat seolah-olah berkisarkan wanita di sana.

Tidak! Ia pandangan yang sangat salah.

Niqab bukan semata-mata dipakai wanita Arab. Ia sebenarnya adalah simbol hadangan, lindungan atau batasan. Hanya mereka yang berada di sebalik niqab mampu melihat dan menyingkap dengan jelas segala kisah tersembunyi.

Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat merupakan satu lagi kisah sisi kehidupan penulis selepas buku Kandil di Kaki Gunung, Rumah Kecil di Jabal Uhud. Bukan Sekadar Resipi dan Aroma Antara Benua. Senyumlah. menangislah dan tertawalah bersama karya unik ini.

“Mama … Abla Ibtisam ajak Amirul belajar di Khartoum.” Allah ya Allah… tiba-tiba nyawa saya bagai diragut malaikat maut tanpa sebarang amaran. Tangkai jantung bagaikan disentap tanpa belas kasihan. Membayangkan dirinya seorang anak manja, mudah menangis, kaki ‘pemakan’ terasa bagaikan tidak tergamak melepaskan Amirul pergi.

“Habis tu… apa kata Amirul?”

“Mama … Amirul kata ya Amirul nak ikut Abla ke Sudan.” Hari itu bagaikan hari-hari terakhir saya hidup di dunia. Langit bagaikan runtuh di atas bumbung, lalu bumbung itu pula menghempap ke atas kepala. Bagaimanapun hati berbisik, `Imam Syafi`i sudah keluar menuntut ilmu sejak kecil lagi. Amirul berusia empat belas tahun, izinkanlah anakmu pergi.’

Additional information

Weight 0.48 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Travelog Kehidupan Di Sebalik Niqab Kisah Tersirat”

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

You may also like…