Sale!

Dia

RM29.00 RM26.10

Compare
SKU: 9789674690632 Category: Tags: , ,

Description

Mengisahkan Adit, seorang pemuda jujur dan rajin yang telah menerima surat wasiat arwah bapanya. Adit bakal mewarisi empayar perniagaan di Malaysia dan telah dipaksa berkahwin dengan anak kenalan ayahnya di Malaysia. Biarpun Adit sudah punya pilihan hati, tetapi dia terpaksa akur dengan keputusan ayahnya demi mereliasikan impian ayahnya itu.

Adit telah dijodohkan dengan Emelda, walaupun Adit sebenarnya amat mencintai Aira. Oleh kerana patah hati, Aira telah membawa diri ke tempat lain dan bekerja sebagai seorang penulis.

Adit berusaha untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada Emelda dengan sepenuh hati. Namun, jodohnya dengan Emelda tidak berpanjangan apabila isterinya itu meninggal dunia ketika melahirkan bayi sulung mereka yang diberi nama Icha Aulia.

Pada masa yang sama, Adit harus berdepan ujian untuk merapatkan hubungan Icha dengan keluarga arwah isterinya. Konflik bertambah apabila Adit bertemu semula dengan Aira, wanita yang pernah dicintainya sebelum dia membina rumahtangga bersama Emelda. Walaubagaimanapun, Aira kini rapat dengan Zaid yang telah lama mendambakan cinta Aira.

Pelbagai rintangan dan dugaan harus dilalui Adit. Adakah dia cukup tabah untuk mengharungi kesemua ujian yang menimpa hidupnya ini? Apakah kesudahannya?

Additional information

Weight 0.9 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Dia”

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *